21 May
21May

Bagaimana membuat esei/karangan yang baik?

1.   Merangka karangan

  • Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.
  • Pilih tajuk yang kita ada paling banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.

 

Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik

  • Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
  • Ada intro, isi dan penutup.

Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa ialah karangan itu, bukan rangkanya.

 

2.   Karangan berbentuk fakta

 

  • Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.
  • Contoh global atau universal lebih diutamakan.
  • Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat karangan lebih menarik
  • Beri huraian yang lengkap dan padat
  • Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi
  • Perbahasan dan hujah hendaklah matang
  • Isi terkini.

 

 3.  Karangan berbentuk cerita

  • Jalan cerita hendaklah menarik.
  • Ada watak yang menarik
  • Ada perkembangan watak.
  • Ada klimaks.
  • Jangan membosankan.
  • Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
  •  Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
  • Berhati-hati dengan tanda bacaan

 


TIPS PENJANAAN IDEA MENGOLAH KARANGAN GAYA SANTAI


Tips menjawab soalan .

1. Teliti kehendak soalan.

2. Teliti gambar yang diberi.

3. Pembukaan ulasan. Ini ayat paling sempoi.

" ______1_______ di atas menunjukkan ___________2_________________"

Tempat kosong nombor 1 boleh diisi dengan gambar, carta, poster atau apa-apa yang sesuai bergantung kepada imej yang diberi.

Tempat kosong nombor 2 perlu diisi dengan tajuk ulasan yang diberi.

Contoh ulasan untuk soalan ini :

" Gambar di atas menunjukkan kesan pencemaran sungai."

4. Isi - gambar ini menyediakan 3 isi yang tersurat.

Isi tersurat pertama.

"Pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman."

Isi tersirat - untuk menulis isi tersirat, sila jawab soalan berikut :

i- mengapa bekalan air minuman terancam ?
Sungai merupakan sumber utama air bersih untuk kegunaan harian masyarakat Malaysia termasuklah air minuman.

**kegunaan harian boleh ditukarkan kepada kegunaan domestik.

ii- bagaimana bekalan air minuman terancam ?
Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan air kita juga dicemari.

iii- apakah kesan bekalan air terancam ?
Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat kita.

Cadangan ulasan isi pertama.

"Pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman. Sungai merupakan sumber utama bekalan air bersih untuk kegunaan domestik. Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan air minuman kita juga dicemari. Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat kita." 

Isi tersurat kedua.

"Pencemaran sungai mengakibatkan kepupusan hidupan air"

** hidupan air juga dikenali sebagai hidupan akuatik. Boleh guna perkataan ini.

Isi tersirat - sila tanya bagaimana dan kesan kepupusan hidup air.

- sungai merupakan habitan hidupan akuatik.
- pencemaran sungai akan membunuh hidupan akuatik
- kita akan kehilangan sumber makanan (sumber protien) seperti ikan, udang, kerang dan siput.

Sila gabungankan kesemua fakta ini supaya menjadi satu perenggan yang mengandungi 25 patah perkataan.

Isi tersurat ketiga.

"Pencemaran sungai menjejaskan industri pelancongan negara."

Isi tersirat

- sungai merupakan tempat perkelahan dan tempat rekreasi tumpuan pelancong.
- sungai kotor menyebabkan wabak penyakit.
- pelancongan merosot menjejaskan ekonomi negara.

Gabungkan semua fakta ini.

Kesimpulan.

Nyatakan keperluan menjaga sungai. Jika boleh selitkan cogankata atau perumpamaan yang sesuai.


Peringatan penting.

- Ulasan ini mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja.

- Jangan lupa penggunaan penanda wacana.

- Catatkan jumlah perkataan.
Selamat mencuba.

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING