21 May
21May

Terdapat beberapa teknik yang menarik dalam penulisan karangan cemerlang. Antara teknik yang boleh digunapakai dalam penulisan karangan oleh pelajar adalah seperti berikut:


1. Formula Menulis Karangan : Kaedah Ghazali

Pendahuluan
I = Isu
K = Kesan isu
T = Tindakan umum untuk menangani isu
H = Hasil tindakan
H = Hubung kait dengan soalan

Isi
T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa
F = Frasa 1
F = Frasa 2
P = Penegasan

Kesimpulan
R = Rumusan keseluruhan
C = Cadangan umum
A = Amaran peringatan yang bakal berlaku
H = Harapan penulis terhadap isu.

Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini.

Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang.

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas)
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.



Sumber : Menulis Karangan Kaedah Ghazali




2. Teknik IMBaKUP

Teknik IMBaKUP merupakan antara teknik yang boleh memudahkan penghasilan karangan penulisan A+ yang mudah difahami oleh pelajar pada peringkat Tingkatan 1 hingga 3.

IMBaKUP :

I = Isi (apa ) -> (1 ayat)

M = Mengapa -> ( 2-4 ayat )

Ba = Bagaimana ( contoh ) -> ( 1-3 ayat )

K = Kesan contoh yang menyokong isi -> ( 1-3 ayat )

U = Ungkapan menarik -> ( 1-2 ayat )

P  = Penegas ( 1 ayat )


Contoh Teknik IMBaKUP:

TAJUK : Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Gejala Sosial


Isi:

Memberikan didikan agama


Mengapa :

1. Menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif masuk melalui tingkap globalisasi

2. Panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan

3. Dapat membezakan permata dengan batu kelikir.


Bagaimana :

1. Mendidik sejak kecil lagi amak makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya

2. Memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah kemungkaran


Kesan :

1. Takut balasa Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial

2. Dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia


Ungkapan Menarik:

Albert Einstein ( " Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpun )


Penegas :

Didikan agama yang mantap merupakan elemen yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.


Sumber : Teknik IMBaKUP







Teknik Mengarang - Karangan PT3 ( Silibus )

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:

1.     RANGKA KARANGAN:
PENDAHULUAN           : 1 Perenggan : 30 Perkataan
ISI                                   : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan
PENUTUP                      : 1 Perenggan  : 30 Perkataan

2.     BENTUK PERENGGAN:
JENIS AYAT
PENDAHULUAN
ISI
PENUTUP

Ayat Topik

Tema
Kehendak  Soalan
1 /  2/ 3 / 4
Merumus
 Kehendak Soalan

Ayat Huraian

Huraian Tema
Huraian
Kehendak Soalan
Ulasan Tema

Ayat Contoh

Bukti Huraian Tema
Bukti
Kehendak Soalan
Cadangan

Ayat  Rumus

Kehendak  Soalan
Menegaskan Kehendak Soalan
Harapan

3.     ASPEK SOALAN:
a.     Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b.    Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik  /  Bagaimana / Usaha
c.     Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan

TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3


1.     Teknik Menganalisis Soalan Karangan:
1.1  Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2  Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)
Contoh     :     Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.


Tema        :     PenggunaanTelefon BimbitKehendak soalan : Kebaikan Penggunaan  Format Karangan : Karangan Fakta


  1. Teknik Menulis Rangka Karangan:
2.1  Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik

Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global

Ayat Huraian

Fungsinya semakin hari semakin canggih

Ayat Contoh

melayari internet, mendengar muzik,kamera

Ayat Rumus

Banyak membawa kebaikan





          Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.


2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
1.     memudahkan komunikasi antara manusia
2.     mengurangkan membeli peralatan kamera
3.     meluaskan pengetahuan –internet
4.     menghiburkan hatib.   Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk. 

Tulis 1 isi dalam 1 perenggan.
c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik

Memudahkan komunikasi antara manusia

Ayat Huraian

Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-manapun kita berada.

Ayat Contoh

Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber

kosnya kurang daripada telefon biasa

Ayat Rumus

Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

      
                  Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit  memudahkan komunikasi antara manusia. Kita boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti  ‘sms’, ’mms’,   ‘watsapp’, telegram,viber dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga kurang berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.2.3 



Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik

Berfaedah kepada sesiapa sahaja

Ayat Huraian

Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko

Ayat Contoh

Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan

Ayat Rumus

Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

        
                    Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa manusia     di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.



Cara Menulis Ulasan @CikguRashid

Sumber : Youtube

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING